Minggu, 04 November 2012

Hijrah 2012

Assalamualaikum!

2 Tahun tanpa update! Tak tahu nak kata apa. Geng2 blog agro pun dah tak banyak yang aktif (macam gue' la nih). Masa awal tahun 2008-2009 dulu memang rancak lah. Sekarang nih, semuanya dah layu, kuyu, lesu...macam-macam sebab dan alasan, antaranya, kos makanan ternakan yang mahal dan ketiadaan pekerja mahir untuk menguruskan. Dua perkara ini sering menjadi penyebab utama kenapa banyak agro projek 'tutup kedai'. Seperti lagu XPDC, 'Semangat Yang Hilang', gue' dapati sebahagian para pengusaha penternakan tumbang seorang demi seorang. Bermula dari sekitar akhir tahun 2010 sehingga ke hari ini. Memang amat menghibakan. Ini satu kerugian bukan sahaja kepada individu tetapi kepada negara! Sampai bila kita harus bergantung kepada pengimportan dari negara luar?

Gue' masih lagi dalam mode 'survive'. Lembu yang tinggal ada lah dalam 20 ekor. Itu pun kebanyakkannya lembu ibu dan dara. Yang si Jantan banyak yang dah 'selamat', jualan, korban, mati di racun, mati leher terbelit tali, etc...yang tinggal ada la 4-5 ekor yang rata2 masih bawah umur. Macam-macam da...semuanya suatu pengalaman yang sangat berharga untuk gue'. Sesungguhnya bidang ini amat mencabar dan penuh dugaan. Semangat nak kena kuat wo! Lawan, lawan, lawan! Jangan cepat mengalah! Satu lagi, nak kena banyak bersabar! Dah sah2 la lembu ni 'slow' sikit nak membiak...pastu, sekali beranak keluar seekor jer, betina pulak tuh...aduhhh...doh rezeki kawe mace tu. Takpe la, gue' terima dengan positive - lembu betina pun penting untuk membiak! ekekekeke...weh, susah nak cari orang jual lembu ibu weh...especially yang saiz besar.

Di pertengahan tahun yang lalu, gue' mulakan satu lagi project agro, penternakan kambing! Dah ada lembu, sekarang tambah kambing. Lepas nih boleh la gue' guna perkataan 'Integrasi'. Tapi setakat ini, gue' cuma menternak kambing biri-biri jer. Gue' rasa rakan agro semua tahu kenapa, so tak perlulah gue' jelaskan sebab musabab gue' pilih biri-biri berbanding kambing. Tapi gue' bukan bela dalam kandang gue' sendiri sebaliknya, tumpang kandang orang lain. Sebabnya, gue' nak belajar dulu serba sedikit tentang penternakan kambing nih. Gue' mulakan dengan bilangan yang kecil, 20 ekor. Setakat ini sudah ada 2 induk yang melahirkan anak2 kambing. Itu yang bestnya bela biri-biri nih. Cepat membiak dan tak banyak 'songeh'! Umur matang pun cepat berbanding kambing biasa...setahun lebih sikit jer dah buleh potong! ekekekeke...

Gue' rasa sekian dulu buat hari ini. Gue' berazam untuk rajin mengupdate blog gue' ini bermula hari ini...

Tok Ngat' 

1 komentar:

  1. Assalamualaikum bro.."semangat yang hilang,kita cari pulang..ohoooo"..lembu kalu lepas ragut kos rendah,memang ok.mana anak jntan umur setahun lbih amik bt feedlot,yg betina simpan jela utk pembiakan..pntrnakan kmbing mmg agak mncabar tp mnjanjikn pulangn yg setaraf dgn cabarannya tu.kira "high risk,high profit" lerr.hehe..

    biri-biri mmg agk mudah pnjgaannya cma kdar klahiran biri agk rndah brbnding kmbing.kmbing biasa branak kembar utk stiap klahiran mnakala biri biasa sekor brgntung pd baka ada jga baka yg klahirn kembar tinggi..apepun jgn hilang smngt bro..pntrnakan mnjnjikn masa depan yg cerah..sma2 beusaha..:-)

    BalasHapus