Minggu, 04 November 2012

Hijrah 2012

Assalamualaikum!

2 Tahun tanpa update! Tak tahu nak kata apa. Geng2 blog agro pun dah tak banyak yang aktif (macam gue' la nih). Masa awal tahun 2008-2009 dulu memang rancak lah. Sekarang nih, semuanya dah layu, kuyu, lesu...macam-macam sebab dan alasan, antaranya, kos makanan ternakan yang mahal dan ketiadaan pekerja mahir untuk menguruskan. Dua perkara ini sering menjadi penyebab utama kenapa banyak agro projek 'tutup kedai'. Seperti lagu XPDC, 'Semangat Yang Hilang', gue' dapati sebahagian para pengusaha penternakan tumbang seorang demi seorang. Bermula dari sekitar akhir tahun 2010 sehingga ke hari ini. Memang amat menghibakan. Ini satu kerugian bukan sahaja kepada individu tetapi kepada negara! Sampai bila kita harus bergantung kepada pengimportan dari negara luar?

Gue' masih lagi dalam mode 'survive'. Lembu yang tinggal ada lah dalam 20 ekor. Itu pun kebanyakkannya lembu ibu dan dara. Yang si Jantan banyak yang dah 'selamat', jualan, korban, mati di racun, mati leher terbelit tali, etc...yang tinggal ada la 4-5 ekor yang rata2 masih bawah umur. Macam-macam da...semuanya suatu pengalaman yang sangat berharga untuk gue'. Sesungguhnya bidang ini amat mencabar dan penuh dugaan. Semangat nak kena kuat wo! Lawan, lawan, lawan! Jangan cepat mengalah! Satu lagi, nak kena banyak bersabar! Dah sah2 la lembu ni 'slow' sikit nak membiak...pastu, sekali beranak keluar seekor jer, betina pulak tuh...aduhhh...doh rezeki kawe mace tu. Takpe la, gue' terima dengan positive - lembu betina pun penting untuk membiak! ekekekeke...weh, susah nak cari orang jual lembu ibu weh...especially yang saiz besar.

Di pertengahan tahun yang lalu, gue' mulakan satu lagi project agro, penternakan kambing! Dah ada lembu, sekarang tambah kambing. Lepas nih boleh la gue' guna perkataan 'Integrasi'. Tapi setakat ini, gue' cuma menternak kambing biri-biri jer. Gue' rasa rakan agro semua tahu kenapa, so tak perlulah gue' jelaskan sebab musabab gue' pilih biri-biri berbanding kambing. Tapi gue' bukan bela dalam kandang gue' sendiri sebaliknya, tumpang kandang orang lain. Sebabnya, gue' nak belajar dulu serba sedikit tentang penternakan kambing nih. Gue' mulakan dengan bilangan yang kecil, 20 ekor. Setakat ini sudah ada 2 induk yang melahirkan anak2 kambing. Itu yang bestnya bela biri-biri nih. Cepat membiak dan tak banyak 'songeh'! Umur matang pun cepat berbanding kambing biasa...setahun lebih sikit jer dah buleh potong! ekekekeke...

Gue' rasa sekian dulu buat hari ini. Gue' berazam untuk rajin mengupdate blog gue' ini bermula hari ini...

Tok Ngat' 

Sabtu, 13 Februari 2010

Ahlan Wa Sahlan...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan izin dan limpah kurnianya, diberikan kekuatan untuk 'Gue' bangun dan melangkah keluar dari kepompong stigma yang membelenggu kebanyakkan pemikiran masyarakat kita - orang Melayu!

Berbulan lamanya merancang, Alhamdulillah, terlaksana jugak rencana untuk memulakan penternakkan lembu kampung secara komersil nih. Berbekalkan sedikit modal hasil simpanan, gue' bermula langkah awal dengan membeli sebidang tanah kebun seluas 3 ekar sebagai tapak 'project lembu garong' nih.

Sebenarnya idea untuk menternak lembu kampung secara komersil ini datang secara tidak disengajakan. Bermula dengan niat nak membantu orang kampung yang kesempitan wang untuk menyekolahkan anak mereka sewaktu penggal sekolah bermula Jan 2009 (tahun lalu) dengan menjual lembu-lembu mereka secara pukal. Kebetulan pulak, bapak gue' pun baru jer pencen kerja dia. Maka secara tak rasmi gue' pun melantik bapak gue' jadi pengurus 'project' nih. Dia ok jer sebab takde apa nak buat kat rumah tu. Gue' plak melantik diri sendiri jadik 'mastermind' dan 'funder' untuk projek nih.

Setelah berbincang secara serius (bapak dan anak), kami berdua setuju untuk meneruskan project ini secara lebih teratur dan lebih daya komersil. Project ini gue' bahagikan kepada beberapa fasa. Banyak sebab dan musababnya, diantaranya;
1) Faktor risiko (atas modal dan usaha)
2) Faktor modal
3) Faktor kurang pengalaman, etc..

terima kasih daun keladi...lain kali singgah lagi! :)

Tok Ngat'